Jumaat, 13 November 2009

Mesyuarat AJK Disiplin Kali Kedua

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KABOGAN II
WDT NO. 48
91309 SEMPORNA
SABAH - MALAYSIA
Tel/Faks : 089 782915




Ruj Kami : SMKK2/700-1/06(02)
Tarikh : 10/11/2009

Kepada,
Semua
AJK Disiplin Sekolah

Melalui
Pengetua
SMK Kabogan II
Semporna

Tuan/Puan

MESYUARAT AJK DISIPLIN KALI KEDUA

Perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan tuan/puan.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 17/11/2009 ( Selasa )
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

03. Agenda Mesyuarat:-

3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Pemurnian buku peraturan sekolah
3.4 Perkara yang telah di wujud dalam unit disiplin ( Fail, borang dan surat )
3.5 Laporan disiplin tindakan ke atas pelajar
3.6 Perkara yang telah dilaksanakan / yang akan dilaksanakan / digugurkan di bawah unit masing
3.7 Fail di bawah kawalan yang telah diujudkan
3.8 Semakan perancangan tahunan dan perancangan tahunan bagi tahun 2010
3.10 Hal-hal lain

04. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah


( REDWAN B IN MOKHTAR )
Guru Kanan Disiplin

S.k Fail

Selasa, 10 November 2009

Disiplin Harus Bermula Di Rumah

Hari ini 10/11/2009 (Selasa). Perjumpaan bersama ibu bapa dan guru telah diadakan bagi membincangkan bererapa perkara untuk meningkatkan pencapaian, dan disiplin murid-murid di SMK Kabogan II, Semporna.

Pada hemat saya, masalah disiplin dikalangan pelajar-pelajar pada masa kini haruslah ditanganai dengan bijak sana. Semua lapisan mesyarakat haruslah berganding bahu untuk membantu pihak sekolah dalam apa juga perkara untuk menjayakan falsafah pendidikan negara.

Dalam setuasi disiplin sekolah, beberapa perkara pelanggaran disiplin sebenaranya boleh ditangani di rumah, sebelum pelajar melangkah ke sekolah.

Bagi membantu pihak sekolah ibu bapa haruslah sentiasa memastikan kelengkapan sekolah anak-anak mereka mematuhi/memenuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah. Saiz pakaian, jenis dan warna kasut, tali pinggang, potongan rambut, dan beberapa perkara lagi yang sebenarnya boleh diselesaikan di rumah. pihak sekolah khususnya unit disiplin akan menghadapi / masalah yang amat serius, ini kerana pengawas, guru bertugas mingguan dan guru disiplin terpaksa berhadapan dengan pelajar-pelajar ini, sehinggakan terpaksa mengabaikan proses pengajaran dan pembelajaran. seandainya peranan ibu bapa diperkasakan dengan mengambil kira aspek pembentukan sahsiah dan disiplin yang baik, sudah pastinya pihak sekolah tidak lagi mengurus perkara yang boleh merugikan semua pihak. kecemerlangan sekolah tidak hanya terletak pada kebijaksanaan pengurusan pihak sekolah, komitmen ibu bapalah yang sebenarnya harus ditagih dalam mencapai kecemerlangan anak-anak mereka. pihak sekolah dan guru hanyalah pemudah cara dalam merealisasikan impian anak didik mereka dan ibu bapalah yang mencorakkan hidup anak mereka.